Terms & Condition / syarat- syarat SEWA

♥ RENTAL PERIOD

Bermula setiap hari RABU pada setiap minggu sehingga tarikh majlis dan last return pada setiap hari Selasa ( tempoh sewa 6 hari bermula Rabu)


DENDA LEWAT

  • Tambahan bayaran rm 30 sehari akan dikenakan jika lewat pulang barang sewa (melebihi dari tempoh sewa yang dipersetujui

DENDA ROSAK

  • Denda rosak akan dikenakan bergantung pada jenis barang sewa.
  • Tambahan bayaran dari security deposit boleh dikenakan jika nilai kerosakan melebihi dari jumlah bayaran security deposit 
  • Denda juga boleh dikenakan jika penyewa tidak memulangkan barang sewa dalam keadaan baik / asal.
  • Cas cuci akan dikenakan jika barang dipulangkan dalam keadaan kotor
  • Bayaran ganti rugi boleh dibuat secara bayaran cash atau mencari / ganti barang yang sama

♥ BUSINESS HOUR

Buka setiap hari pada hari Isnin - Sabtu

Tutup pada setiap hari Ahad

Business hour : 10 pagi- 7 petang

Tutup lunch hour : 1-2pm

Segala urusan hanya ketika business hour sahaja. Do not come before / beyond our business hour

* Please consider bad traffic in KL, start your journey early


SELF PICKUP ONLY

Sila maklum, pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan transport & delivery

* boleh menggunakan perkhidmatan 3rd party runner seperti LALAMOVE / GRAB / BUNGKUSIT atau THE LORRY

Harga sewa tertera di website adalah harga sewa barang tanpa service perkhidmatan

Kesemua barang sewa perlu SELF PICKUP di premis sahaja


♥ Cara untuk booking 

Untuk lock barang sewa dan tarikh,  minima bayaran sewa boleh dibuat sebanyak RM 50.

Baki bayaran sewa boleh dibuat sebelum atau semasa pickup barang sewa

Booking boleh dibuat melalui whatsapp 012-3101541 atau datang ke kedai kami


♥ SECURITY DEPOSIT

Untuk menjaga keselamatan barang sewa kami, kesemua urusan sewa akan dikenakan security deposit (refundable) sebanyak RM 100- RM 300 mengikut jumlah sewa dan jenis barang

Jumlah security deposit ini  bergantung kepada jenis barang e.g: fragile, atau jumlah keseluruhan barang sewa e.g: jumlah sewa melebihi RM 1k keatas

Security deposit ini akan dipulangkan semula semasa sesi pemulangan barang sewa.

Penyewa wajib memulangkan semula barang sewa dalam keadaan asal. Tidak dibenarkan membuat perubahan kekal pada barang sewa kami


NO REFUND FOR CANCEL BOOKING

Sila rancang majlis anda dengan baik. Booking yang telah dibuat tidak boleh dipinda tarikh atau barang yang dipesan tidak boleh ditukar jika telah CONFIRMED booking.

DILARANG

1. Tukar tarikh setelah membuat bayaran booking

2. Tukar / downgrade barang setelah membuat bayaran booking

Perbuatan tersebut akan menyebabkan pembatalan order anda dan deposit booking anda akan BURN (NO REFUND) sebagai ganti rugi pembatalan pesanan

Sila buat booking hanya setelah anda YAKIN tidak akan ada perubahan

Sila rancang dengan baik & teliti. Please consider faktor berikut sebelum membuat pesanan

1. Kenal pasti barang yang sewa yang benar- benar hendak disewa sahaja

2. Untuk barang sewa yang tidak pasti boleh ditambah selepas booking dibuat (based on availibility) 

3. Bawa transport / kenderaan yang sesuai dengan barang yang hendak disewa

4. Rancang perjalanan anda untuk pickup dan return barang sewa mengikut our business hour


♥ NO CLAIM AFTER TAKING OUT OUR ITEMS

Sebelum keluar premis, sila pastikan anda follow steps berikut

Sila periksa condition barang yang dipesan. Pastikan sebarang defect atau keadaan barang diperiksa sebelum dibawa keluar dari premis. Sebarang kerosakan / hilang selepas barang dibawa keluar dari premis (setelah pemeriksaan dibuat) akan berada dibawah tanggungjawab penyewa

 Preparation barang hanya akan dibuat dihadapan pelanggan ketika pickup session 

Penyewa perlu verified & check condition barang. Tiada barang yang dibungkus in advance tanpa pemeriksaan dihadapan penyewa 

Sila pastikan barang yang diterima betul seperti di dalam resit

Sila verified & akui terima barang sewa pada resit

Damages or Loss

No adjustment / permanent changes / modified allowed pada kesemua barang sewa kami. CONTOH: GLUE GUN / GUNA DOBLE SIDED TAPE / GAM UHU/ KOYAK / TERBAKAR / PATAH / RETAK / CONTENG / KOTOR. Once broken, consider sold ( will charge original buy price, not rental price )

Penyewa WAJIB pulangkan semula barang sewa dalam keadaan asal

Untuk barang sewa yang melibatkan kain / kain bulu, penyewa perlu basuh dan bersihkan dahulu sebelum pulangkan semula kepada kami.

Kain bulu & kain jersey boleh dibasuh menggunakan self laundry service / normal wash menggunakan mesin basuh.

Tidak memulangkan barang sewa dalam keadaan asal akan menyebabkan denda dikenakan pada SECURITY DEPOSIT anda

 

TOP